Tuesday, October 20, 2009

:: bersangka baek ::

(Bersama2lah kite renung2kan...~~~)

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik…. Ada sangkaan buruk….
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relak disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai pakaian buruk disangka
zuhud ( hina )
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu berzikir kepada
Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih
hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas
cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
Kerana bakal memusnahkan ukhwah seperti
musnahnya kayu dimakan api...

Satu benda yang kita lihat,macam-macam
kesimpulan yang boleh kita buat
Semuanya bergantung bagaimana kita
melihatnya……

oleh itu,
bersangka baiklah sesama kita....

__Sekian harap maklum__

:: miss violett a.k.a baz ::

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.